Senarai Kelengkapan Haji - KELENGKAPAN AM
1. UBAT : mengikut keperluan (jgn sesekali tinggalkn ubatan yg selalu dimakan di Malaysia.. lagi2 mereka yg ada kencing manis,darah tinggi etc.. insulin sila lah bwk.. Pergi bkn sehari dua)
2. KERUSI RODA/TONGKAT : 1 unit(bwk je dari Malaysia kalau ada… mudah sgt bagi mereka yg memerlukan.. mmgla ada kerusi roda disediakan tapi terhad)
3. INSTALL APPS DLM TELEFON (#1 : apps QURAN - mudah nak baca di mana-mana, #2 : apps HAJI/UMRAH - xmahu bwk buku, boleh surf guna app.. mudah sgt, #3 :apps CAREEM aka UBER - senang nak book kereta utk pegi miqat,jln2 @ makan nasi unta - murah dari teksi, #4 : apps VPN OPERA - utk enable WASAP video call)
4. DUIT : mengikut keperluan (sediakan ikut bajet.sediakn duit riyal n RM. Kalau nak go for cashless,pakai je kad BIGPAY - ala2 debit cardla.. conversion rate dia pun berbaloi tau.. Sgt2 recommended utk sapa2 yg nak g obesi)
5. KAD BANK ALRAJHI : aktifkan kad seelok2nye sebulan sebelum pergi haji.. tapi igt.. kalau guna kad,ada charge pengeluaran.. so,kalau nk keluarkn duit guna kad,keluarkn amount banyak terus.. takdelah rugi sgt)
6. CREDIT CARD : ikut keperluan (nak aktifkn boleh,tak nak aktifkn pon boleh.. kalau takut shoping di luar kawalan, baik tak payah aktifkn n bwk kad.. simpan jela kat Malaysia..)
7. SAPU TGN KECIL/SEDERHANA : 2 helai (boleh djadikn alas tempat amik wudu’ guna spray WUDU’)
8. SPRAY WUDU’ : 1 (ada rezeki boleh dpt percuma time Kursus Perdana. Spray boleh di pakai di atas kapal terbang & di masjid – tak perlu ke tandas/tempat wudu’ utk mengambil wudu’)
9. BANTAL KECIL / BANTAL ANGIN : 1 (Berguna di Arafah dan Mina / atas kapal terbang)
UNCANG BATU : 1 bekas (ada rezeki boleh dpt percuma TH bagi di MUZDALIFAH)
10. UNCANG KASUT : 1 (di masjid, ada disediakn plastik kasut tapi kalau nk senang cam dari jauh,bwkla jela sendiri)
11. TASBIH UMRAH : 1 (kadang2 boleh dpt free ketika Kursus Haji Perdana)
12. GUNTING KECIL : 1 (Untuk bertahlul)
13. BUKU PANDUAN HAJI / UMRAH : 1 BUAH
14. SEJADAH BESAR RINGAN/KECIL : 1 (sgt berguna bila sembahyang di luar masjid)
15. BUKU DOA BERTALI : 1 (membantu kalau kita nk bc doa dlm buku ketika tawaf tapi igt,jgn terlalu khusyuk tgk buku,takit terlari bahu ketika tawaf..)
16. VASELINE : 1 (utk lembabkn bibir, letak kat kaki supaya tak merekah etc)
17. SELIPAR TANDAS/SANDLE : 1 psg (berguna d Mina & Arafah utk gi toilet, berjalan)
18. MUG/SUDU/GARPU/COPSTIK/MANGKUK: 1 (berguna di Arafah & Mina untuk membuat air & megi)
19. TOILETRIES (SABUN, SYAMPU,BERUS GG etc): 1 (beli botol kecil/sedang je. mmgla hotel ada sediakan toileteries tapi best pakai sendiri punya..)
20. PISAU,PINGGAN/MANGKUK PLASTIK: 1 (pisau amat diperlukan utk memotong cili, bwg etc.. letak cili,bawang besar n perah limau kasturi & makan dgn nasi.. mmg sodap menjilat jari! ohye, brg2 basah ni boleh dbeli di pasaraya Bin Dawood - ala2 giant/tesco/jusco gitu-mahal & sikit @ di pasar-murah & banyak)
21. CUTING BOARD MINI : 1 (ni optional.. pakai penutup bekas makanan yg TH bagi je pon boleh.. kadang2 guna bekas polisterin je - pakai buang.. tak terfikir pon akan potong cili bagai kat sana..nasib tak bawak lesung batu, buat sambal belacan terus.. hehe)
22. SEPIT KUKU & SIKAT RAMBUT : 1
23. HANGER : 3 (boleh juga mintak dgn peniaga jubah sbb biasanya hanger jubah diorg buang. recycle jela.. xyah bwk byk2 dari Mesia)
24. PENCANGKUK BAJU S SHAPE : 3 unit (berguna d dlm hotel - nak sangkut baju & d toilet Mina & Arafah)
25. SURAT KHABAR/PLASTIK/BEG TOILETERIES: 1 naskah/ ikut keperluan (berguna utk bungkus pad @ apa2 keperluan lain)
26. TALI PENYIDAI PANJANG ( utk sidai baju kat tingkat atas hotel. Ni self service ye. Sendiri buat..)
27. PENYEPIT BAJU BERTANDA (kena tanda sbb senang nak trace.. kdg2 ada je jemaah yg pinjam penyepit tak bgtau dgn alasan pinjam sekejap je.. last2 time nk sidai baju,pnyepit kita ghaib. hehe..angin kat atas hotel mmg kuat.. boleh terbang baju kalau tak sepit betul2..)
28. PENANDA BEG : bergantung berapa beg dibawa (berguna utk tujuan pengecaman beg. maklumla..beg semua sama design & color.. kenala ada something yg berlainan utk senang buat pengecaman. Boleh letak 1 kat beg kargo & 1 kat beg cabin)
29. MARKER & SELOTEP KOTAK : 1 (utk tulis & selotep kotak. ohye,biasanya syarikat pos ada sediakn selotep tapi terhadla..)
30. BEG KARGO : 1 (belila yg besar - 32" ke atas. pergi mmg tak bwk byk barang.. tapi... time balik nanti, bukan setakat payah nk zip, siap ada yg begnya beranak-pinak..tu tak termasuk yang dipos..)
31. KARUNG BEG KARGO : 1 (ni kira protective gear utk beg kita.. kotla terpecah ke ape ke,at least,adalah karung.. kdg2 time kursus asas & kursus perdana,ada yg jual.. lagi 1,igt ye,tali mcm jala ikan utk beg tu dah tak boleh pakai tau. dulu boleh.. skrg tak boleh..)
32. BEG PACK : 1 (awal2 sy pakai sling beg TH bagi tapi lama2 bwk beg ni je kehulu kehilir.. sumbat semua brg dlm tu.. berguna jgk kalau nak mendaki jabal UHUD & sewaktu dgnnya)
33. VITAMIN/JAMU/LOSYEN : ikut keperluan (vitamin/jamu utk tambah tenaga & losyen nak lembabkan kulit)
34. PENUTUP MULUT : 5 keping (berguna kalau kita pergi k tempat berpasir @ batuk. sy bwk tapi tak pakai..)
35. PAMPERS DEWASA : ikut keperluan (utk siapa2 yg memerlukan)
36. INTERNATIONAL ADAPTER : 1 ( ada rezeki boleh dpt percuma time Kursus Perdana)
37. EXTENSION PLUG : 1 (berguna d Mina & Arafah & di hotel. Bolehla share dgn org lain..)
38. POWER BANK & CHARGER PHONE : 1 (berguna setiap masa expecially masa wukuf)
39. ASAM JAWA/UBAT BATUK/GULA BATUK : ikut keperluan (sgt berguna kalau batuk kat sana. mmgla ada klinik utk dptkn ubat,tapi kdg2 brg2 nilah yg melegakan batuk..)
40. PENIMBANG BERAT DIGITAL: 1 (brg paling dicari2 time nak balik Mesia takut beg telebih berat. Ada je jemaah yg takde weight scale ni tumpang timbang kat pos laju,skynet tapi kena angkutla beg tu ke tempat penimbang & buatla ..)
41. Makanan (Megi) : 5pax (tak makan megi kat mesia? percayalah.. Kat sana, tiba2 boleh jadi makan megi.. Btw, 5pax boleh habis sbelum kita balik Malaysia tau. silap haribulan,kirim lagi dgn kwn2 yg masih belum terbang.. yg tua,muda,semua pulun megi.. bkn sbb makanan TH sediakn xsedap.. bolehla makan.. tapi lain nikmatnya bila dpt mkn megi kat sana..)
42. Makanan (sambal kering) : ikut keperluan (6 bekas Tapewer tu sebenarnya tak cukup… Sambil mkn, boleh jgk share dgn jemaah lain. Dpt pahala xtra.. Boleh jugak buat packaging kecil2 supaya senang nk mkn)
43. Makanan (kicap,sos paket2 mcm KEPSI,ready-to-eat-meal mcm Brahim's etc) : ikut keperluan (bawakla.. jgn tak bwk.. kalau dah sampai sana,semua yg kita bwk dari Malaysia jadi sedap belaka.. percayalah!)
44. TAMBAHAN (takde dlm gambar) : Minuman ( milo 3in1,susu pekat,susu bancuh nespray mmg ada 3in1 kat sana tapi biasalah.. mahal sikit.. susu takde kat sana, kalau nk bwk,silakan..)
45. TAMBAHAN (takde dlm gambar) : Tulis siap2 doa yg dikirimkn.. pernah terfikir, guna saja telefon utk snap semua doa tapi kita hanya merancang,ada je masa telefon kong.. so baik buat emergency plan, simpan dlm telefon pon buat,tulis dlm kertas pun buat.. org dah pesan kan..
46. TAMBAHAN (takde dlm gambar) : Peralatan menjahit i.e jarum & benang. Membantu kalau ada pakaian tertetas @ nak jahit kaki jubah @ seluar
*** PALING PENTING - PASPORT, BUKU KESIHATAN TH, SURAT PENERBANGAN & SEMUA DOKUMEN BERKAITAN: siapkan sebelum pendaftaran. IC xyah bwk tau.. Utk waris2, pastikn jemaah ada semua document. Bantulah mereka terutama yg berusia & kurang upaya..
*** PALING PENTING - GELANG TANGAN BESI & KAD PENGENALAN DIRI TH : Time haji 1438h, 2 brg ni diberi semasa pendaftaran sbelum penerbangan. Make sure pakai siap2 sbb pernah jadi jemaah hilang sekejap & ambil masa nak trace sbb takde pengenalan diri