Friday, January 11, 2013

ORDER-ORDER

Assalamualaikum baru sempat update. 
pengeposan semalam dan hari ni 
pengeposan 10.1 
1. maxi dress saiz besar dark brown n dark red 
2. sarung beg n tag pvc 
3. kasut korea 
4. maxi dress belang hitam dan koko 
pengeposan 11.1 
1. ehram n cawat , stoking hajjah,tudung ibadah,maxi dress belang hitam 
2. maxi dress belang hitam 
3. maxi dress saiz besar dark blue n dark brown,kasut korea,stoking hajjah n sarung lengan 
4. maxi dress saiz besar dark blue n tudung ibadah 
5. kasut korea.


terima kasih semua..sy akan pm dan sms tracking no ya utk pengeposan yang hari ni.yang semalam semua dah dapatkan..sy jual ya..:)

PENGUMUMAN STOK


Assalamualaikum dan selamat Hari Jumaat. Banyakkan selawat pada Rasulullah dan jangan lupa baca Surah Al-Kahfi..:)

PENGUMUMAN : BARANG-BARANG YANG SUDAH ADA STOK

1. MINI TELEKUNG LENGAN HITAM
2. BOTOL WUDUK SPRAY
3. MAXI DRESS SAIZ BESAR - HITAM,DARK BROWN,DARK BLUE AND DARK RED

PM / SMS / EMAIL

TQ

Thursday, January 10, 2013

MAXI DRESS SAIZ BESAR

Assalamualaikum semua
maxi dress utk saiz badan besar dah ada. utk orang 2xl ke atas. yang selalu pakai saiz 48,50,52 
ada 4 kaler - HITAM,DARK BLUE,DARK BROWN, DARK RED
setiap kaler ada 10 helai tapi tadi saya dah sms pada yang booking jadi dah tinggal kurang dari 10 helai utk setiap kaler.
saiz dada utk maxi ni ialah 44" ya.saya sendiri dah try maxi ni dan memang besar.pada sapa2 yang dulu tanya saiz besar skrang dah ada. kalau berminat terus sms or pm ya.
stok limited memandangkan apa yang sy dapat byk ni saja jadi saya akan mendahulukan pada yang bayar dahulu.

HARGA - RM130
4 kaler - hitam,dark blue,dark brown n dark red.







apa2 tinggalkan message di pm,boleh sms ya..tq :)

Wednesday, January 9, 2013

ORDER-ORDER

Assalamualaikum semua..
maaf baru sempat update.

ni pengeposan hari ni ya..
1. 6 kasut korea
2. maxi dress putih, tudung ibadah hitam,mini telekung lengan putih,kasut korea n stoking hajjah
3. ni order dari customer yang duduk Doha,Qatar..pos ke rumah mak di Terengganu..

nnti sy bagi tracking no ya.terima kasih :)


ni yang pengeposan semalam.


yang semalam hopefully dah dpt ye.ada yang sms sy kata dah terima.

sy jual ya..:)




Monday, January 7, 2013

ORDER-ORDER


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Pengeposan pagi ini :
1. simkad, kasut korea, sarung lengan hitam
2. simkad dan kasut korea
3. simkad
4. maxi dress hitam, sarung lengan putih, tudung ibadah hitam
5. sarung lengan dan kasut korea
6. stoking hajjah dan kasut korea
7. maxi dress hitam
8. 30 kasut korea (belian borong)
9. tudung ibadah hitam - 7 helai order daripada Kak Aty customer dari Madinah,masa saya pegi umrah saya jumpa dengan Kak Aty ni..:)







*maxi dress hitam ni adalah dari stok yang last week..stok dah habis ya,bila stok baru masuk sy akan update.please alert ya.harap maklum..
terima kasih 

Wednesday, January 2, 2013

PELEMBAP BIBIR


PELEMBAP BIBIR ZULHIJJAH 
- KHUSUS HAJI DAN UMRAH-

-diperkaya dengan minyak zaitun
-tiada pewangi tambahan
-suci dan selamat

saya sendiri guna..memang ok :)

RM15 SAHAJA

Tuesday, January 1, 2013

WARNA WARNI DI MEKAH DAN MADINAH

Assalamualaikum semua.

saya nak kongsi beberapa benda yang menarik , mesti cuba , mesti beli,mesti perhati,mesti tengok.. :)

Antara yang best di Tanah Suci ialah :

1. Jus buah warna warni - semasa di Madinah kita terjumpa dengan jus yang sangat cantik,sangat warna warna-warni dan sangat sedap. Harga cuma 4 riyal saja (harga di Madinah ). Harga di Mekah mahal sikit 6 riyal. Ada banyak flavor. antaranya mangga, kiwi, n beberapa lagi buah lain . First time jumpa jus macam ni,pekat ,manis dan diulang sangat sedap. Setiap kali balik dari masjid mesti singgah beli, tak kira di Madinah atau di Mekah..So carilah yer jus warna warni ni nnti :)


ni jus warna warni. cantikkan :)


kalau minum jus ni kawannya mesti shawerma (roti kebab) 

2. Inai Mekah - Ingat lagi masa zaman kecik-kecik orang cakap inai Mekah adalah yang terbaik sedap bila pakai warna akan jadi merah,terang. Mesti nak pesan pada sapa-sapa yang pegi Mekah jangan lupa belikan inai. Tapi memang betul sila cari inai dan beli banyak-banyak bawak balik Malaysia. Harga cuma 5 riyal. Perempuan-perempuan kulit gelap dari Afrika yang jual. Dekat luar Masjidil Haram ada dan ada jugak dijual di Jabal Rahmah , Arafah. Kami beli 5bungkus rasanya dan ada lagi 2bungkus. Sebab apa inai ni best , untuk letak kat rambut la buat rawatan sendiri kat rumah. Campur dengan yogurt plain dan letak dekat kepala.kepala rasa sejuk dan rambut jadi sihat. Sila beli ya..




3. Pekerja-pekerja masjid - Perhatikan, uniform pekerja-pekerja di Masjid adalah warna hijau. Kerja mereka ialah membersihkan kawasan-kawasan masjid pastikan kebersihan lantai, angkat tong air zam-zam isikan penuhkan, mop lantai . Untungkan dapat kerja di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi,walaupun  cuma cleaner tapi sangat berkat kerjanya..Jadi sediakan duit 1 riyal banyak2. Setiap kali nak pergi masjid atau balik dari solat mesti berselisih dengan mereka ni kasi la duit pada mereka. Sapa yang kita jumpa bagi je. Sedekahkan..:)

- maaf tak ada gambar, boleh google ya uniform dorang macamana

4. Peminta sedekah - Ni kena hati-hati. Jangan bagi sebarangan pada yang duk mengikut. Kalau kita bagi pada sorang, yang lain akan menyerbu. Geng-geng dia akan nampak saja. Kalau di Masjidil Haram , dekat luar pintu masuk waktu-waktu tertentu sebelum solat akan berbaris anak-anak peminta sedekah,ada yang kudung betul,tapi kebanyakkan nya tipu je . budak-budak ni masukkan tangan dalam baju n pura-pura nangis,jerit-jerit minta duit. Ini sindiket sebenarnya sebab kalau perasan ada perempuan yang seolah jadi guard tunggu kat tepi.dok awasi budak-budak ni. Bila ada penguatkuasa datang je bertempiaran lari. Tapi bila penguatkusa pegi dorang datang balik. Lagi satu hati-hati dengan perempuan jubah yang berpurdah pakai hitam yang mintak duit dia akan datang cuit-cuit badan kita mintak duit. Jaga-jaga takut dorang himpit kita dan seluk kat poket or beg. Sebab salah seorang kawan dalam group kami hilang hp. Ada group datang himpit2 , dia ingat biasa ja , bila cek poket handphone sudah hilang. Jadi hati-hati ya..:)


antara budak yang belakon kudung tangan, sebenarnya tangan dia ada je dalam baju tu


yang menjual barang-barang beralaskan kain je bila penguatkuasa datang, lariiiii



berbaris budak-budak ni , kesian tengok , ada yang mak-mak yang menjaga dorang ni ketuk kepala sebab ada yang tak nak mintak sedekah


Pegawai ni datang suruh perempuan ni masuk dalam van, dia protes duduk atas jalan. tapi akhirnya kena angkut jugak


5 . Kucing Mekah - Dekat Mekah banyak kucing. dekat bangunan yang dirobohkan tu , dekat jalan-jalan, tepi-tepi lorong...tapi kucing kat sana sangat menyedihkan..kotor,luka-luka..tak tau la kenapa,lalat hurung..mungkin sebab dekat Mekah agak berdebu ya dan dalam proses pengubahsuaian hotel-hotel dan  kedai-kedai lama dirobohkan untuk pembesaran Masjidil Haram. 





ni kucing yang kita jumpa dekat luar hotel , depan mata kami ada pekerja hotel yang sepak dia..teruk betul perangai.
kucing ni gemuk tapi kotor. yang best nya tak takut dengan manusia,manja. kita belikan dia shawerma ayam,habis dia makan..next time datang sini kena bawak friskies supaya boleh bagi kat kucing.hehe







ada pakcik yang baik hati dekat lorong belakang kedai2 yang runtuh bagi makan roti dekat kucing-kucing 


ni antara yang saya dapat kongsi..selamat ya semua bila pergi sana :)