Pages

Wednesday, April 29, 2015

NEW ITEM IN STOCK - BAJU MUSLIMAH ZIP



Material : Cotton Tshirt
Warna : Putih
Harga : RM69
Untuk Jemaah Haji nanti boleh pakai masa pergi ziarah. Boleh pakai dengan seluar aladdin warna hitam.
Labuh sampai bawah lutut. Tengok chart ukuran ya.
Nanti akan update lagi. tq smile emoticon

Kenapa Ramai Wanita Yang Tidak Sah Solatnya?

Artikel ini dikongsi dari blog ini : ohmysolat.blogspot.com

Di antara perkara yang menjadikan sahnya solat seseorang itu adalah dengan menutup aurat. Ini disebut sebagai syarat sah solat. Bagi wanita, batas aurat mereka ialah seluruh badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan (belakang dan perut tangan).
Dalilnya adalah sabda Rasulullah ﷺ:
لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ حَائِضٍ إِلَّا بِخِمَارٍ

"Allah tidak menerima solat wanita yang sudah haid tanpa memakai khimar." (HR Abu Dawud, Ibn Majah, Ibn Hibban & Ahmad)

Apakah batas wajah?
والوجه ما بين منابت شعر الرأس إلى الذقن ومنتهى اللحيين طولا ومن الاذن إلى الاذن عرضا
 “Wajah ialah apa yang ada di antara tempat tumbuh rambut (anak rambut) kepala hingga ke dagu dan hujung kedua-dua rahang (tulang rahang) mengikut panjangnya, manakala lebarnya pula dari telinga hingga ke telinga yang satu lagi (anak telinga)”

Dapat difahami daripada ta'rif wajah di atas, bahawa dagu termasuk batas wajah yang boleh didedahkan ketika solat. Manakala bawah dagu pula, ia tidak termasuk batas wajah, maka ia termasuk aurat yang wajib ditutup ketika solat.

Apabila bahagian bawah dagu terbuka atau terdedah ketika solat maka batallah solatnya kecuali apabila ditutup dengan segera. Tidak kira sama ada terdedah itu kecil atau besar, banyak atau sikit iainya tetap memudharatkan solat.

Justeru disarankan agar apabila seseorang wanita menutup aurat, dilebihkan sehingga ke dagu atau lebih agar lebih sempurna. 


Batalkah Solat Walaupun Terdedah Sedikit?

1. Mazhab Syafi'e: terbuka aurat walaupun sedikit tetap memberi kesan kepada sah atau batalnya solat.

2. Mazhab Hanafi:  terbuka aurat tidak melebihi satu perempat (1/4) bahagian tubuh. Jika lebih batal.

3. Mazhab Hanbali: terbuka aurat jika hanya sedikit tidak membatalkan solat.

4. Mazhab Maliki: terbuka aurat besar (muhgallazah) membatalkan solat. 

Jika Seseorang Itu Tidak Tahu Adakah Dimaafkan?

Syeikh Ismail bin Zein dalam fatwanya mengenai masalah ini menyatakan bahawa apabila perkara ini dilakukan oleh wanita-wanita awam (orang awam) yang tidak tahu bertaqlid (mengikuti) mana-mana mazhab, maka solatnya dihukum SAH. Hal ini kerana orang awam seperti ini tidak memiliki madzhab (buta mazhab).

Kesimpulan.

Wanita yang terdedah bawah dagunya, dihukumkan batal solatnya sebagaimana yang dipegang dalam mazhab Syafi'e. Pun begitu, penulis bersetuju dan berpegang kepada fatwa Syeikh Ismail Zein bahawa bagi orang awam yang tidak mengetahui hal ehwal mazhab atau buta mazhab, maka solat mereka masih dihukumkan sah.

Namun perlu diingatkan, mereka perlu segera belajar cara solat yang betul termasuklah berkaitan tatacara menutup aurat yang betul mengikuti Islam serta mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ibadat atau fardhu 'ain.

Wallahu A'lam. 

Rujukan.
1. Al-Majmu', 1/371.
2. Al-Majmu', 3/166-167.
3. Qurrotul A'in Bi Fatawi Isma'il Bin Az-Zein, 52-53.

Tuesday, April 28, 2015

STOCK UPDATE : SERKOP AURAT


6 warna untuk serkop aurat :

Hitam
Putih
Kelabu
Coklat
Biru Gelap
Pink Cair

Material : Jersey
Harga : RM8 sehelai




Sunday, April 26, 2015

STOCK UPDATE : SELUAR ALADDIN


Assalamualaikum
Seluar Aladdin available warna HITAM sahaja.
RM32 sehelai.
Berminat boleh inbox di page atau terus whatsapp/sms: 0122560257
terima kasih 

Friday, April 24, 2015

Keretapi Mekah - Madinah

Assalamualaikum

Keretapi yang akan menghubungkan antara Mekah dan Madinah katanya sudah siap dan akan digunakan tak lama lagi.

Kalau sebelum ini perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam menaiki bas. Dengan adanya keretapi ini perjalanan adalah 90 minit sahaja. 




Semua orang pasti excited dengan berita ini. Jika ada rezeki dapatlah merasa menaiki keretapi ini apabila ke Arab Saudi sekali lagi. 

Sumber dari : Syed Salem FB

SALAM REJAB


1 REJAB 1436H

Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan.

Tuesday, April 14, 2015

STOCK UPDATE : MINI TELEKUNG LYCRA


Assalamualaikum
Mini Telekung Lycra stok ada warna Hitam sahaja.




RM79 sehelai


Bahagian muka macam tudung. Berlapik dagu dan soft awning. 
(Tak ada getah di dahi dan tali untuk ikat belakang macam mini telekung getah.)
Berminat boleh inbox page atau whatsapp/sms 0122560257
terima kasih :)

Thursday, April 9, 2015

MAXI DRESS COTTON


Assalamualaikum semua.

MAXI DRESS COTTON stok warna yang available seperti senarai di gambar ya. 

Maxi dress ini adalah free saiz. Sesuai untuk mereka yang bersaiz S, M dan L. 

Ukuran seperti di bawah ;

Bahu - 15" Lengan - 22" Dada - 42 " Labuh - 53"

Kain sedap pakai, sejuk dan stretchable. Sesuai dipakai harian juga untuk travel.

Harga RM119 (tidak termasuk postage)

Maxi dress ni memang menjadi pilihan jemaah haji dan umrah sebab kain dia sejuk. Bila pergi sana cuaca panas jadi serap peluh. 
(boleh tengok di testimoni customer kita )

Berminat boleh terus whatsapp/sms 0122560257.

terima kasih :)

TUDUNG IBADAH UMRAH HAJI


Assalamualaikum
Tudung Ibadah ini berlapik dagu juga mempunyai lapik dahi yang lembut.
Stok available untuk Tudung Ibadah yang plain warna PUTIH dan DARK CHOC sahaja.
RM55 sehelai

Berminat boleh terus sms/whatsapp 0122560257 atau inbox di page ya. terima kasih :)

Wednesday, April 8, 2015