Tuesday, April 29, 2014

KASUT STOKING KOREA

IN-STOCK - SPRING COLLECTION

Kasut stoking yang comel dari Korea digunakan oleh jemaah wanita haji dan umrah semasa TAWAF dan SAIE juga sepanjang masa di dalam masjid.

- Biji-biji getah dibawah tapak bertindak sebagai agen anti-slippery.
- Bukan hanya dipakai semasa mengerjakan haji dan umrah malah di dalam rumah,semasa     tidur juga stoking untuk para ibu mengandung.
- Sebagai perlindungan pada kaki untuk tidak masuk angin.
- Mudah dibawa untuk travel dan disimpan di dalam beg untuk solat.
- Sangat sesuai dijadikan hadiah untuk saudara mara dan juga kenalan .

-free saiz dan stretchable (muat sampai kaki 9)

Sepasang RM18
3 pasang RM45
(TIDAK TERMASUK POS)




for availability of stock please refer the latest post. tq :)

Friday, April 18, 2014

VIRUS MERS



WABAK TERBARU ..

Inna lillahi wa inna ilhai raaji'oun, musibah baru melanda dunia dan negara Malaysia juga tidak terkecuali. Apabila mendengar wabak sebegini, disunatkan untuk membaca 

لا إله إلا الله العظيمُ الحليمُ . لا إله إلا الله ربُّ العرشِ العظيمُ . لا إله إلا اللهُ ربُّ السماواتِ وربُّ الأرضِ وربُّ العرشِ الكريمُ

Riwayat Sahih Muslim

Selain itu, diriwayatkan ketika penyakit Taun tersebar, disunatkan solat khas untuk menjauhi penyakit itu dan baginda Nabi s.a.w diriwayatkan (كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إذا حزبه أمر صلى ) Ertinya : Nabi s.a.w apabila membimbangkan olehnya sesuatu perkara, baginda akan mendirikan solat (sunat).

PARA ULAMA JUGA menyebut agar segera MEMANTAPKAN SOLAT YANG WAJIB dan disunatkan berqunut nazilah.

Selain itu, amalkanlah bacaan ini 3 kali pada pagi dan petang :

بسمِ اللهِ الذي لا يضُرُّ مع اسمِهِ شيءٌ في الأرضِ و لا في السماءِ ، وهُوَ السميعُ العليمُ

Ertinya : Dengan nama Allah yang tiada mudarat bersama namaNya sesuatu di bumi dan langit dan Dialah yang maha mendengar dan maha mengetahui. ( dari hadis sahih)

Dengan penyebaran penyakit MERS ini, wajarlah kita sama-sama mengamalkan dua saranan di atas dan terus berdoa agar dijauhkan terkenanya atau tidak mampu sabar darinya.
____________________________________________

Info dari Dr Syamirullah seperti di bawah :-

Jangkitan MERS-CoV, singkatan kepada Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus, adalah sejenis penyakit baru bawaan virus yang baru sahaja dikesan pada tahun 2012.

Tak banyak yang diketahui dari asal usul virus ini. Ada kajian yang mengatakan dari unta, dari kelawar gua dsb.

Ianya mula dikesan di Arab Saudi pada tahun 2012. Seterusnya ianya tersebar, dipercayai melalui jangkitan individu-individu hampir sama seperti demam selesema, khususnya pada musim haji.

Penyakit berbahaya ini, sehingga sekarang, dikesan telah menjangkiti 238 pesakit di seluruh dunia, dengan 92 pesakit telah meninggal dunia. Bermaksud, mortality rate bagi penyakit ini mencecah 40%, boleh dikatakan dari 10 orang dijangkiti, 4 meninggal dunia.

Dari segi virulence, ianya sangat virulence malah dilaporkan lebih virulence berbanding SARS. Virulence bermaksud betapa mudah ianya menjangkiti orang yang sihat.

Pengalaman saya encounter kes MERS-CoV adalah sekitar hujung tahun lepas, seorang pesakit yang baru pulang dari umrah, disyaki dijangkiti MERS.
Akibatnya, pesakit ini diletakkan seorang diri di bangunan wad isolasi, manakala semua pesakit2 asal isolasi seperti TB dipindahkan ke bangunan lain. Bayangkan, bangunan wad yang boleh memuatkan 30 pesakit itu, dikosongkan untuk diletakkan beliau seorang sahaja.

Hanya dua petugas kesihatan dibenarkan menjaga pesakit ini. Setiap kali ingin masuk memberi ubat atau mengambil bacaan tekanan darah dsb, petugas ini perlu memakai pakaian PPE (personal protective equipment) yang seperti angkasawan lagaknya.

Ini kerana, masih belum jelas bagaimana penyakit ini tersebar. Mungkin dari titisan wap hembusan nafas. Mungkin dari air liur. Mungkin dari sentuhan kulit. Ianya strongly suggestive for respiratory component.

Dan pelawat, sama sekali tidak dibenarkan. Ini baru hanya DISYAKI mendapat MERS-CoV. Syukurlah hasil kajian kuman mendapati beliau bebas dari jangkitan tersebut.

Dan pada hari ini...akhirnya, penyakit ini sudahpun tiba di Malaysia, dengan kematian pertama kita.

Buat masa sekarang, belum ada penawar/ubat dijumpai bagi jangkitan MERS CoV ini.