Sunday, May 11, 2014

Bestnya pakai SELUAR ALADDIN

Assalamualaikum semua.

Selalunya bila pakai jubah, dress atau baju kurung apa yang akan anda pakai ? Kain dalam atau seluar panjang? Sebenarnya mana-mana pun tak apa asalkan dapat melindungi daripada ternampak bayang kaki kita bila berjalan. 
Tetapi ternyata seluar panjang lebih banyak memberi kelebihan daripada kain dalam. Bila pakai seluar kita akan lebih senang untuk melangkah dan berjalan pantas.
Jika anda pergi umrah atau haji semestinya anda perlu memakai seluar panjang di dalam jubah. 
Disana kita banyak berjalan untuk pergi ke masjid, melakukan tawaf dan saie. Pergerakan harus pantas dan wajib untuk anda menjaga aurat sebaiknya. Dalam erti kata yang mudah jika terselak jubah, penyelamat adalah seluar. 

Semasa saya mengerjakan umrah dulu, saya membawa kedua-duanya sekali sebagai alas dalam jubah. Kain dalam juga seluar panjang. Jadi saya bergilir-gilir memakai kedua-duanya. Tetapi semasa ziarah ke Arafah saya telah tersilap dengan memakai kain di dalam. Disebabkan tidak memakai seluar panjang jadi saya tak berkesempatan untuk menunggang unta.Susah nak panjat unta tu kalau berkain. hehe


yang naik ibu dan adik saya saja

Jadi lebih baik untuk jemaah wanita sentiasa memakai seluar panjang di dalam jubah bagi menghadapi situasi apapun :)

Sekarang ni pun kalau pakai jubah atau dress pilihan saya tetap dengan memakai seluar panjang di dalamnya. Kalau dulu kadang seluar jeans pun saya pakai sebagai seluar di dalam tapi tidak berapa selesa sebab seluar jeans kan tebal. Jadi tak berapa best bila pakai. 

Tapi sekarang dah jadi best sebab dah jumpa seluar untuk dijadikans sebagai di dalam jubah. Ingin saya perkenalkan seluar yang selesa untuk dibuat sebagai seluar dalam jubah. Yes, Seluar Aladdin namanya.
Memang seluar ni saya buat sebagai seluar dalam jubah/dress,pakai di rumah, pakai semasa tidur dan juga senang untuk bawak travel. Sebabkan seluar ni cutting dia besar jadi tak melekap. Setengah orang pakai legging di dalam baju kurung atau jubah. Tapi bagi saya legging masih tak pass sebab masih ikut bentuk kaki kita. Katakan terselak kain kita, bentuk betis masih kelihatan. Tambah lagi kalau yang naik motor memang nampak betul bentuk kaki tu. 

Tapi dengan seluar Aladdin ni insyaAllah tak mengikut bentuk betis. Sebab memang baggy. Loose cutting. Alhamdulillah bila saya open untuk jual pada customer-customer, feedback yang sama diterima. Kain yang sedap pakai dan selesa sangat. :)

Pada pendapat saya, pilihlah apa jenis seluar atau kain pun, janji tak mengikut bentuk kaki kita. Kesempurnaan dalam menutup aurat sangat penting. Janganlah kita mengambil mudah. Tidak kira dimana saja kita berada. Auratnya tetap sama.

Untuk seluar Aladdin ni ada pelbagai warna. Anda boleh pilih warna  mengikut stok yang ada waktu itu.
Selalunya customer beli warna hitam dan warna dark yang lain.


warna bergantung pada stok

ukuran lilit punggung adalah 46" belum stretch lagi ni. 


Saya suka kain seluar Aladdin ni sebab kain dia cotton. Cuaca kita kan panas jadi lebih sesuai untuk pakai pakaian yang dari cotton. 

Sekarang ni dah musim panas di Mekah. Bagi yang akan berangkat tak lama lagi , siap-siap fizikal dengan minum air zam zam yang banyak nanti. Mohon Allah mudahkan semuanya. 

Seluar Aladdin boleh dipakai di dalam jubah, dress , baju kurung atau skirt juga boleh. Tidak kira dimana saja anda berada.

Seluar ni free saiz tapi cutting besar. Ukurang lilit punggung adalah 46" sebelum stretch.

Jika anda berminat untuk mendapatkan seluar Aladdin ini boleh hubungi di sms/wassap 0122560257, atau PM di inbox juga email di imabiz@yahoo.com

terima kasih :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...