Tuesday, February 26, 2013

KENANGAN UMRAH

Hari ni 26.2.2013 genap setahun saya dan family menunaikan umrah.
Alhamdulillah , cepatnya masa berlalu..sangat cepat..
Masih ingat lagi pukul 3.30 dah bangun,mandi siap-siap,check apa yang patut dan terus bergerak ke KLIA. sampai di KLIA dalam pukul 5:30 jadi terus tunggu waktu subuh masuk dan solat di surau KLIA. 
Jemaah-jemaah dalam group kami masih belum tiba, kami yang terawal memandangkan ini first time jadi agak super excited ya.hehe 
Kita diarahkan menunggu di  kawasan McD jadi pada mulanya agak lengang , dalam pukul 6:30 ke pukul 7 pagi dah mula kedengaran riuh rendah dengan suara para jemaah dan ahli keluarga yang menghantar. 
Ustaz dari travel agensi kami juga sudah tiba dan jemaah-jemaah group kami juga sudah mula berkumpul. 
Ada lebih kurang 4 family besar yang akan berlepas pada 26.2.2012..3 family naik Saudi Airlines manakala kami 4 beranak naik Singapore Airlines. Kenapa berasingan ? kerana ada sesuatu berlaku di awalnya tentang hal visa dan sebaginya. Jadi tak mengapa janji kita pergi kerana Allah dan Allah yang membantu dalam setiap urusan kami. Alhamdulillah.



Setelah mendapat penerangan dari ustaz dan ketua rombongan kami pun berpecah . 3 family check in utk flight Saudi dan kami ke bahagian Singapore Airlines. Ada seorang ustaz yang mengiringi kami sampai ke pintu check in saja dan kami terus masuk menunggu. 
Kira-kira jam 10 pagi , kami pun berlepas. Sejam selepas itu kami transit di Changi Airport, first time ye masuk ke Singapore, apa yang boleh saya cakap airport dia memang terbaik. yang paling best ada zone-zone internet dan komputer-komputer yang disediakan untuk para penumpang yang menunggu menggunakan internet. Yes ini yang saya suka, sempat juga update di facebook kepada rakan-rakan..:)

Dalam penerbangan kami, dipenuhi dengan jemaah-jemaah dari Indonesia. ya kita berkenalan dengan mereka.

Selepas itu naik flight kembali dan kita stop di Abu Dhabi untuk kapal terbang isi minyak. tak lama , lebih kurang setengah jam saja. Penerbangan semula dan akhirnya kita sampai Jeddah lebih kurang pukul maghrib.
Kita sampai di terminal haji. 
Perasaan berdebar-debar, sambil menjijit beg sambil itu berjalan dan menghidupkan handphone.hehe tak sabar-sabar ya..sambil berjalan saya lihat hitam je semua kat bawah tu..jemaah-jemaah dari negara Iran memenuhi ruang ketibaan.tempat check point, tempat beg. 
Setelah kita lepas imigresen dimana adik lelaki saya ialah mahram dan dia dihadapan dan ada juga berlaku rempuhan dari jemaah2 Iran dimana mereka kurang tahu beratur dan bergerak secara dalam group.Wahhh baru sampai sudah kena rempuh ya,sabar-sabar.
Urusan imigresen dan cop-cop selesai kita menuju ke tempat ambil beg. Disitu Alhamdulillah kita bertemu dengan ustaz yang mengiringi kami tadi , flight mereka (Saudi Air) sudah tiba sejam yang lalu jadi mereka pula yang menunggu kami. 

Kami solat maghrib dulu. dan terus berkumpul dengan 3 family tadi dan bersama-sama bergerak menuju menaiki bas.

Perjalanan kami ke Madinah bermula................


Sepatutnya package yang kami ambil 13 hari saja. tapi kerana kami 4 orang sahaja yang menaiki Singapore Airlines dan ada masalah dimana kami tak dapat tiket untuk pulang pada hari yang ditetapkan. Dengan kuasa Allah, kami terpaksa stay 1 hari lagi di Mekah. Subhanaallah.Perancangan Allah yang terbaik. Allah memberikan kami 4 beranak peluang untuk berada di Tanah Suci Nya sehari lagi dan semuanya free. Kami tak perlu bayar duit extra apa-apa. Duit hotel,duit teksi ke airport semuanya ditanggung oleh pihak travel.

Alhamdulillah


Ni serba sedikit yang saya dapat coretkan untuk kenangan setahun yang lalu (^.^) 
Rindu hanya Allah yang saja yang tau, doakan saya dan family dapat mengerjakan haji pula secepatnya. aminnn :)

Monday, February 25, 2013

KURSUS HAJI 1434 H/ 2013 M

Assalamualaikum semua

Semalam 24.2.2013 , saya telah mendaftar di Kursus Haji. Walaupun terlambat 2 minggu dimana kesibukan pada hari Ahad2 yang lepas dan Alhamdulillah minggu ni berjaya juga saya menghadirkan diri. Perjalanan kursus masih di awal dan tidak masuk momentum-momentum lagi. Yang menyampaikan ceramah adalah seorang ustaz dari Lembaga Tabung Haji Malaysia. saya lupa nama. nanti saya akan update lain..Penyampaian yang sangat bagus,penuh pengisian jadi waktu selama 2 jam itu berlalu terlalu cepat. Dan saya tidak sabar untuk pergi kursus yang minggu depan pula..:)




Dan atas saranan penceramah kami dianjurkan untuk ada 2 jenis buku. 

1 . NOTA KURSUS ASAS HAJI 
     Terbitan : Tabung Haji 
      Harga : RM20 



2. KITAB AL - TAUDHIH - PANDUAN LENGKAP KE ARAH KESEMPURNAAN IBADAH HAJI   & UMRAH - SYARH AL-IDHAH FI MANASIK AL-HAJJI WA AL-UMRAH  - 
    Karya :  DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI 
    Harga :  RM60

Kitab ini adalah panduan lengkap. Harus dimiliki bagi bakal-bakal jemaah haji.

Ok sekarang saya nak kongsikan apa yang sempat saya tulis di dalam kursus semalam. Sebenarnya dalam NOTA KURSUS HAJI tu dah ada semua ya. tapi saya just nak share saja..:)

Antara isi-isi penting yang saya catat ialah :

  • Pergi haji bukan untuk berehat dan tidur di dalam hotel tetapi adalah untuk berada di Masjidil Haram dan beribadah di dalamnya. - saya dah baca buku 50 tips Motivasi Haji dari Prof Kamil juga menyatakan begitu. 15/16 jam kena berada di dalam masjid.
  • Pergilah haji masa muda,masa ada duit,masa sihat. Tak kiralah anda banyak dosa ke, penzina,pemabuk,atau bermacam kejahatan yang pernah buat pergilah mohon keampunan dari Allah.Bersungguh-sungguhlah mintak ampun,insyaAllah akan dihapuskan semua dosa dan akan bersih seperti bayi baru lahir.
  • Rasulullah S.A.W bersabda : 120 rahmat turun ke Kaabah setiap hari , 60 untuk orang yang tawaf, 40 untuk orang solat depan Kaabah dan 20 untuk orang yang hanya memandang Kaabah. Subhanaallah.
Kelebihan Haji Dan Umrah

  1. Mendapat status "Tetamu Allah S.W.T".
  2. Mendapat ganjaran yang besar.
  3. Selamat daripada kecelakaan seksaan sebagai yahudi dan nasrani.
  4. Mendapat syafaat di dalam doa dan keampunan Rasulullah S.A.W.
  5. Bersih seperti bayi yang baru lahir.
  6. Antara jihad yang paling utama.
  7. Haji yang mabrur balasannya adalah syurga.
Manfaat Duniawi
  1. Pertemuan orang Islam seluruh dunia.
  2. Kepentingan perniagaan dan ekonomi
  3. Menunjukkan persamaan antara orang Islam
Manfaat Ukhrawi

  1. Kem latihan penumpuan ibadat.
  2. Kem Latihan membentuk keperibadian muslim.
  3. Latihan supaya bersedia untuk meninggalkan alam dunia.
  4. Mendapat ganjaran pahala melihat Kaabah.
  5. Melatih diri supaya mengikhlaskan amalan hanya kerana Allah.
  6. Mendapat Haji Mabrur.
Tingkatan Ibadat Haji

Haji Mabrur
Ini haji yang paling tinggi dan istimewa. Diampun segala dosanya.Mengekalkan ibadat hingga akhir hayat dan dijamin masuk syurga.

Haji Makhsus
Haji yang sah dan diampunkan segala dosa-dosa.

Haji Maghbul
Haji yang diterima

Haji Mardud
Haji yang tidak diterima kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya.

ok nilah sebahagian yang saya belajar semalam. Yang selebihnya kena baca buku n kitab tu.

Semoga bermanfaat ya.
terima kasih :)


Wednesday, February 20, 2013

MAKLUMAT TENTANG SIMKAD / NO ARAB

seperti mana yang telah saya inform bulan lepas, mulai tahun ini Kerajaan Arab Saudi telah mengetatkan peraturan dimana setiap no harus didaftarkan.seperti mana yang telah saya maklumkan sebelum ini, sesiapa yang dah beli simkad awal2, kad itu anda boleh pakai tapi bila nak topup kredit anda harus register no itu di kedai2 telco.kalau tak register anda tidak boleh menggunakan no itu.mksudnya bila habis kredit 40riyal itu samada anda beli no lain atau pergi daftar di kedai dengan no passport anda..seperti mana yang ditulis oleh saudara Meor Abdullah ini adalah betul sperti yang diberitahu oleh wakil company kepada saya. Jadi kepada sesiapa yang nak beli simkad yang sms,email or dan pm bertanyakan saya tentang simkad ni jawapan yang saya berikan adalah beli terus di sana ya sebab saya dah tak ada stok lagi..
sila take note apa yang dishare ini dan sebarkan pada semua yang bakal pergi dan yang mencari simkad..terima kasih


info dari Langsung dari Masjidil Haram & Masjid Nabawi perkongsian dari saudara Meor 
Abdullah 

Semua jemaah umrah/haji atau mukim di Saudi sekarang di wajibkan mendaftar no telefon bimbit/internet menggunakan pasport/ID@iqamah.Jika membeli simkad direct dari penjual,ia boleh di gunakan setakat kredit yang di sediakan.Selepas habis kredit,bila nak di 'top up',akan di minta sertakan 'ID'.Jadi selepas itu perlu mendaftar di pejabat telekomunikasi iaitu MOBILY,STC,ZAIN.Ketiga-tiga nama ini ada pejabatnya di sekitar masjid haram.Ada 2 cara lagi untuk mengatasinya:
1)Ada simkad yang di jual di sertakan sama ID di kadnya.
2)Bertukar kepada no baru /simkad baru selepas no lama habis kredit

TUDUNG DENIM JEANS - LABUH

Dibuat dari kain denim jeans.
Kain tebal , tidak panas
Ada 2 warna HITAM dan BIRU
Labuh dari dagu 24"
RM89


HITAM




BIRU

STOKING JARI

Assalamualaikum semua

Atas permintaan customer-customer yang mencari stoking pattern ini , jadi saya akan menjual stoking jari ini.
ada 3 kaler hitam, skin dan putih







SARUNG LENGAN COTTON - BORONG

Alhamdulillah..
200 pasang sarung lengan cotton sudah dihantar pada customer yg beli borong semalam. 100 hitam dan 100 krim. kaler dark choc dah habis ya.
pada sesiapa yang nak beli borong boleh pm saya.bukan semua items ya sy bukak borong.hanya yg tertentu saja.
terima kasih saya jual ya..




Tuesday, February 19, 2013

TESTIMONI BERGAMBAR

Assalamualaikum..
dah agak lama saya tak mengupdate berikutan kesibukan yang memang tak dapat dielakkan.Padahal saya banyak nak coretkan tapi insyaAllah pelan-pelan saya akan mula menulis tips2 or panduan2 ya..:)

Hari ni saya nak share testimoni bergambar dari seorang customer saya yang sangat baik hati memberikan gambar memakai semua barang-barang yang dibeli dengan saya.Akak ni beli banyak barang sekali untuk husband dan anak lelaki.Mereka akan pergi mengerjakan umrah pada bulan 4 nanti. Semoga semuanya mudah dan mendapat umrah mabrur ya..



Friday, February 15, 2013

KASUT STOKING KOREA

STOK SUDAH MASUK !







Pilih pic dan nyatakan bunga ya..
terus pm di fb or sms saya..

MAAF JANGAN CALL SEBAB SAYA MEMANG TAK ANGKAT CALL. HARAP  MAKLUM YA

Thursday, February 14, 2013

MAXI DRESS


Dlm gambar ialah maxi dress grey 
free saiz rm99..
Hitam, koko , sea blue, pumpkin, mustard also available.
pls sms/pm if interested.tq

SELLING FAST. SEMUA KALER TINGGAL KURANG 10 HELAI SAJA.

Sunday, February 3, 2013

MINI TELEKUNG LENGAN DAN MINI TELEKUNG LYCRA


MINI TELEKUNG LENGAN - HITAM PUTIH ADA - RM79
MINI TELEKUNG LYCRA - HITAM PUTIH ADA - RM65


Mini telekung lengan mempunyai grip di hujungnya dimana anda tidak perlu lagi memakai sarung lengan. cuma masukkan tangan ke dalam hujung bergetah itu dan anda ready untuk solat dan melakukan aktiviti. Mempunyai lapik dagu dan soft awning.

Mini telekung lycra design biasa ya..tapi design ni tidak mempunyai tali di belakang.lebih kepada konsep tudung.Mempunyai lapik dagu dan soft awning.

SELUAR COTTON DIPAKAI DALAM JUBAH / DRESS


SELUAR COTTON - RM30
HITAM / PUTIH


Seluar untuk dipakai di dalam maxi dress/jubah.
Sesuai dipakai untuk lelaki dan perempuan
Saiz dari M, L, XL , 2XL , 3XL dan 4XL