Thursday, October 3, 2013

Tips berpakaian : Persiapan Umrah Musim Sejuk

Assalamualaikum semua .. :)

Jika dilihat pada keyword search google ke blog ini , ramai orang yang taip UMRAH MUSIM SEJUK / PERSIAPAN UMRAH MUSIM SEJUK. 
Dilihat pada trafik yang masuk , maksudnya ramai yang berkeinginan atau sudah ada plan untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun atau awal tahun nanti.

Kebiasaan selepas saja musim haji Mekah akan ditutup untuk proses pembersihan. Orang luar tidak boleh masuk cuma yang local saja boleh mengerjakan umrah. Visa umrah akan dikeluarkan pada awal bulan 12 atau hujung bulan 12 tapi visa ini selalunya hanya untuk orang-orang besar. Menteri dan VVIP. 
Visa untuk orang ramai pula (special visa yang hanya travel agent tertentu saja yang dapat) pada awal bulan Januari dan visa umrah pada umum hujung bulan Januari dan ke atas. 

Tapi saya rasa tahun ini sebabkan musim haji pada bulan 10 kemungkinan visa umrah juga lebih awal. Apapun kena tunggu pengumuman daripada Kerajaan Arab Saudi.Disebabkan pembesaran Masjidil Haram jadi kita tak tau apa rules baru yang Arab Saudi akan buat.  Rajin-rajin tengok dan berhubung dengan travel agensi yang sudah anda pilih untuk pergi bersama. 

Ok sambung pada cerita umrah musim sejuk, saya nak cerita tentang umrah kami. Ya sudah lama berlalu bulan februari 2012 tapi masih segar dalam ingatan. Kerinduan pada Mekah sangat terasa. Gambaran Kaabah di depan mata sehingga air mata mengalir kerana masih tak percaya berada di depannya. Subhanallah. Maha Suci Allah yang menjemput kami sekeluarga ke sana. 

Kerana itu adalah kunjungan kali pertama kami, maka semuanya rasa berdebar semuanya rasa kekok. Mengikut pada arahan travel agensi cuma disenaraikan senarai barang-barang yang diperlukan. Cuma dikatakan bawa baju sejuk, kain tebal dan sarung tangan.

Alkisahnya dipendekkan cerita, tibalah hari untuk berangkat maka kami sekeluarga pun menuju ke airport. 
Sebabkan kita tahu cuaca sejuk disana jadi kita dah prepare dengan memakai pakaian yang sesuai untuk cuaca tersebut. 

Yang perempuan tak ada masalah sebab kita dah tau apa yang kita nak pakai. Contohnya macam saya dan adik kami memilih untuk pakai maxi dress cotton. Saya suka dengan maxi dress ini sebab kain dia tebal dan design yang cantik jenis kembang. Umi saya pula memakai jubah yang dia reka sendiri. Jahit jubah sendiri khusus untuk pergi Mekah. Adik lelaki pula memakai seluar slack dengan tshirt panjang. Sangat smart dressing dia. Setelah dilihat-lihat ya dressing adik lelaki seperti mau pergi ke Eropah. haha

style tak macam nak pergi umrah 

umi dengan jubah yang dijahit sendiri

adik perempuan dengan maxi dress belang 

adik lelaki siap dengan kasut kulit. betul -betul macam nak melancong ke negara sejuk lain.

cerita stress bermula apabila jemaah lain tiba, ada 3 keluarga besar lain yang dalam group kami. Melihat pada dressing yang lelaki semua pakai jubah atau kurta dengan siap berkopiah dan serban. 
Adik lelaki saya cakap alamak aku dressing macam nak ke tempat lain la. 
dah susah  hati dah 




setelah diselidik semua keluarga yang pergi umrah bersama ni sudah pernah pergi dua atau 3 kali ke sana jadi mereka tahu cara berpakaian yang sesuai. 

adik stress, dengan rambut kusut masai
ni semasa transit di Changi Airport, Singapura.


tapi bila sampa di Madinah memang sejuk , sejuk sangat . Jadi baju sejuk, baju tebal memang wajib bawa. Tak taulah kalau orang yang dah kebal dengan sejuk boleh tahan dengan baju nipis. hehe



semasa di sana adik saya dah menepati suasana berpakaian. hehe
gambar ni semasa di Madinah, kita dapat mendengar tazkirah daripada Prof Kamil :)


Kesimpulan yang saya dapat buat ialah kita boleh berpakaian apa saja asalkan menutup aurat. Dan lebih baik jika pakaian kita itu menepati suasana tempat yang kita akan pergi.
Untuk orang perempuan mudah saja, anda boleh pakai samada jubah, maxi dress atau baju kurung. Dipadankan dengan tudung labuh, selendang labuh atau apa yang bersesuaian.

Yang lelaki boleh pakai jubah atau kurta atau juga tshirt seperti adik saya pakai tapi nanti stress sebab tak mengikut tema. haha

Saya suka pakai maxi dress. Sebelum pergi umrah juga saya dah mula memakai baju begini dan selepas balik daripada umrah juga saya tetap kekalkan memakai dress labuh. Tidak ada lagi seluar jeans atau baju yang warna-warni. Tersedar dengan kata-kata Prof Kamil dan juga Puan Raudzah bahawa pakaian orang perempuan haruslah pakaian yang boleh untuk dibawa solat. Maksudnya kita tak perlukan telekung untuk solat. Persepsi salah orang kita adalah dimana jika tak ada telekung tak boleh solat. Makanya pakaian yang kita pakai untuk keluar haruslah pakaian yang menepati ciri-ciri untuk membolehkan kita solat. 


waktu pulang , di airport King Abdul Aziz 





masa saya pergi sana saya cuma bawa sehelai saja maxi dress ni warna grey. tapi bila balik malaysia, saya sudah mula memakai dress-dress begini jadi koleksi warna saya bertambah. saya ada hampir 10 warna yang plain tapi semuanya warna gelap-gelap dan juga design belang-belang yang saya suka.

Jika ada antara anda yang ingin memiliki dress begini untuk dipakai semasa umrah atau semasa pakaian harian anda, boleh hubungi saya di Facebook page : Kelengkapan Haji & Umrah , juga di sms atau email di imabiz@yahoo.com

Dress yang free saiz harga RM99 
Dress yang big saiz harga RM130

Macam saya pakai free saiz sebab saiz L. jadi kalau anda saiz XL or 2XL kena ambik saiz big saiz. 

ok kalau ada apa pertanyaan langsung pm, sms or email. maaf call tak diterima. 

terima kasih :)

2 comments:

  1. selain pakaian, ubat-ubatan juga perlu standby juga kalau pergi umrah musim sejuk ni..
    atau lagi better bawa supplemen untuk mencegah dari jatuh sakit..

    Cthnya seperti yang saya kongsikan dalam blog saya ni..
    Selain ubat, kita boleh juga gantikan dengan membawa supplemen dan vitamin untuk cergas dan bertenaga ketika beribadah di Tanah Suci nanti..

    Contohnya seperti yang saya kongsikan di sini..
    http://rahsiavitaminibu.com/cergas-bertenaga-menunaikan-haji-dengan-set-haji-dan-umrah-shaklee/

    ReplyDelete
  2. It feels awe-inspiring to read such informative and distinctive articles on your websites.best umra package tour operator in Birmingham

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...