Monday, April 29, 2013

PRODUK PENJAGAAN DIRI

Assalamualaikum semua.

Ramai yang bertanya pada saya tentang produk apa nak pakai semasa di Tanah Suci. Krim apa perlu bawa. Pencuci muka apa nak pakai. Kita sedia maklum tentang pantang larang dalam ihram dimana tak boleh memakai produk yang mengandungi wangian atau bau-bauan.

Maaf saya bukan pakar dalam bab produk tapi saya hanya boleh cadangkan apa yang saya sendiri pakai. Apa yang saya bawa semasa disana dan apa yang saya memang pakai disini.

Apa yang saya boleh cadangkan ialah anda boleh menggunakan produk ini. Memang khusus untuk haji dan umrah. Yang best pasal produk ni ialah kandungan utamanya adalah Minyak Zaitun.




Sabun Mandi - RM15
Krim Pelembap Zaitun - RM16
Lip Balm - RM15

* Senang dan mudah untuk dibawak travel.

Kalau untuk produk muka pula, saya pakai produk Annisha ni. Memang tak glamer tapi saya pakai sejak dari tahun 2008. Yang paling penting ialah buatan orang Islam dan ada ujikaji di makmal K-Biocorp. Boleh bawak solat dan tak ada bahan yang meragukan. So tanpa was-was kita satu family memang pakai produk ni dan masa pergi umrah kiranya tak ada keraguan untuk memakainya.




masa saya pergi adalah musim sejuk dan memang kulit jadi kering sebab ya la perubahan cuaca secara tiba-tiba. tapi sekejap je sebab selalu basuh muka dengan air zam-zam kan.Pastu masa time muka kering tu saya ada beli kat farmasi dekat Mekah masker ni. tapi tak ingat brand apa.tapi bukan brand arab la..setiap kali balik je dari Masjid saya akan terus apply mask ni supaya kasi lembap.

Sabun muka ni dibuat daripada pegaga,scrub tu  dibuat daripada beras pulut dan sunblock tu SPF 25.
Sebelum keluar daripada bilik hotel kita siap-siap ambik wuduk dan apply sunblock.nanti nak tawaf kalau time tengahari memang panas.

Harga produk ialah :

Sabun muka - RM15.90
Puteri Scrub - RM15.90
Sunblock - RM29.90

* Lelaki perempuan boleh pakai tanpa was-was


masa ni dekat hotel Mekah, tengah tunggu nak pergi ziarah luaran.kulit muka dah ok balik so bila ambik gambar pun happy + ceria je..hehe

Kalau untuk supplemen pula,memang anda kena siapkan diri dengan ubatan kalau perlu,supplemen yang memang anda makan disini. Sebab ubat-ubat kat sana kita tak tau kalau serasi dengan badan kita atau tak. Jadi sebab tulah pentingnya persediaan dari sini. Bukanlah kita akan dapat penyakit ke apa disana,tapi paling kurang pun mesti dapat batuk-batuk. Dan batuk ni jenis kering tau. Memang sakit. Mak saya sampai tak ada suara balik ke Malaysia. Untuk orang-orang tua,anak-anak kenalah prihatin sikit,pastikan segala bekalan ubat tersedia dalam beg. Tambah nanti waktu haji nanti supplemen memang diperlukan.

Tapikan kesihatan ni bukan kita jaga masa dekat-dekat nak pergi tapi patutnya kita maintain kesihatan kita ni sentiasa dari sekarang dengan mengamalkan makanan yang sihat dan supplemen yang Rasulullah ajar.
Mari saya share apa yang saya makan tiap-tiap pagi :



nak sihat nak cantik amalkan je apa yang Rasulullah makan dan apa yang Allah sebut dalam Al-Quran.
1. Delima - samada buah delima atau jus delima sangat bagus. orang cakap delima ni merawat batuk-batuk. so bolehlah bawak sebotol masa pergi  haji dan umrah.
2. Habatussauda 
3. Madu
4. Minyak Zaitun - pakai kat kulit dan rambut. Allah sebut dalam surah An-Nur.
5. Buah Zaitun pun bagus

Tapi kalau nak bawak jus delima ke atau madu ke sana kena hati-hati packaging takut pecah pulak tapi boleh je letak dalam bagasi elok-elok. Tiap-tiap pagi ambik 2 or 3 sudu. InsyaAllah mencegah lebih baik daripada merawat. hehe

Apapun produk yang saya pakai no1 saya akan pastikan ianya Halal, Orang Islam yang buat..bila ada ciri-ciri ni jadi tak meragukan..macam produk halalgel tu bagus. Family kita cuma pakai ubat gigi daripada Halagel je. Supplemen-supplemen dari Halagel pun bagus. Cubalah..:)



Btw masa dalam ihram janganlah guna ubat gigi ni sebab ubat gigi ni ada berbau wangi. Langkah paling selamat masa dalam ihram pakailah kayu sugi..sunnah Rasulullah tu.sangat dituntut.
masa umrah ihram sekejap je tapi cabaran masa haji nanti sebab haji lama.
Apapun kan yang penting ialah apa yang anda makan tulah menentukan kesihatan anda. Kan Rasulullah kata setiap penyakit datang dari perut. So jagalah perut jagalah makan. Jadilah orang yang aktif. Pergilah bersenam, walking, jogging atau pergi gym ke.Kesihatan sangat penting. Ada duit berjuta-juta pun kalau sakit tak ada gunanya..:)

Ok la sampai sini saja yang saya boleh kongsi bab produk-produk ni. 
Kalau anda nak beli produk-produk Zulhijjah dan produk Annisha boleh beli dengan saya..

terima kasih :)


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...