Tuesday, October 23, 2012

MINI TELEKUNG BERLENGAN

Assalamualaikum semua.. 
mini telekung berlengan dah ada stok tapi tak banyak.. hitam dan puth ada..bagi sesiapa yang akan pergi umrah tahun depan boleh juga membeli sekarang..tak semestinya pakai semasa haji dan umrah tapi mini telekung ni juga sangat praktikal dijadikan telekung travel kita. untuk makluman boleh beli sekarang juga sebab harga saya masih kekal rm79.patutnya rm89 sebab ikut harga pasaran dan tukang jahit dah naikkan harga. untuk tahun depan kemungkinan saya akan ikut harga pasaran..kadang2 harga naik sebab harga kain pun naik..jadi pada sapa yang nak beli pada harga sekarang rm79 boleh lah sms/pm saya ya..terima kasih :)

RM79

Monday, October 22, 2012

INNER TUDUNG BERDAGU



RM28
- dibuat dari kain cotton lyra
-soft awning
-ada lapik dagu
-diguna sebagai inner/anak tudung bagi tudung yang jarang (tudung bawal),selendang atau bagi semua jenis tudung yang tiada lapik dagu
"melindungi aurat dagu,leher"

available color : biru / koko


LIMITED STOCK 


Tuesday, October 16, 2012

TERIMA KASIH SEMUA

Assalamualaikum semua..
untuk makluman semua, mini telekung berlengan, mini telekung biasa,simkad,sabun,NOSK, dan lain2 barang semuanya sudah habis dijual..Alhamdulillah...jadi last flight pun 19hb kan? selamat yer buat semua jemaah dan terima kasih kerana berurusniaga dengan saya..
projek dan stok untuk haji dah habis jadi sekarang saya sibuk dengan projek lain pula.akan saya update jika ada produk2 baru masuk sementara menunggu stok2 untuk musim umrah dijahit pula.
tapi kalau sesiapa ada pertanyaan atau apa saja sila pm/sms or email ya..
terima kasih :)

Friday, October 12, 2012

STOCK UPDATE

Assalamualaikum semua..
hari ni hari Jumaat,mari kita memperbanyakkan selawat untuk Rasulullah S.A.W dan membaca Surah Al-Kahfi...

untuk makluman 

MINI TELEKUNG BERLENGAN HANYA TINGGAL 1 HELAI SAJA WARNA PUTIH. 

1.SIMKAD - HABIS
2.PELEMPAB ZAITUN -HABIS

LAIN2 BARANG SILA SMS SAYA UNTUK CONFIRMATION

SAPA CEPAT DIA DAPAT YA UNTUK MINI TELEKUNG LENGAN  PUTIH TU..

TQ

Monday, October 8, 2012

STOCK UPDATE

Assalamualaikum

Mini Telekung Berlengan hanya tinggal 4 helai saja.

3 putih dan 1 hitam

Yang berminat terus sms saya ok 

tq

ORDER HAJI

Assalamualaikum
Pengeposan pagi ni 


mini telekung berlengan putih dan 3 kasut korea


mini telekung jersey,botol wuduk dan stoking hajjah

Friday, October 5, 2012

SARUNG LENGAN

SARUNG LENGAN COTTON HITAM
RM10 SAHAJA


BERMINAT SMS OK :)

Tuesday, October 2, 2012

SARUNG BEG

Ini contoh beg yang dipakaikan sarung beg sahaja.
TALI RAJUT SUDAH HABIS YA.
Kalau nak pakai sarung beg tanpa tali hasilnya begini yer..takde masalah yang penting format tu ada situ


HAID DI TANAH SUCI

Ni saya ambil dari majalah Al-Ustaz soalan dan jawapan tentang haid. 
oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

IHRAM WANITA HAID
Wanita haid dilarang melakukan solat.Bagaimana pula dengan haji?Ada seorang wanita semasa dalam penerbangan lagi dia mendapati dirinya didatangi haid.Apa yang perlu dilakukannya sebaik tiba masanya untuk berihram?

Jawapan : 
Mukadimah : Secara umumnya ihram ialah masuk ke dalam ibadah haji atau umrah. Pada mazhab al-Syafi'i ada sedikit perincian iaitu:sekalipun tanpa talbiah.
Ringkasnya : Wanita haid boleh berihram untuk haji dan umrah.
Huraian : Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w kepada Aisyah r.ha. yang bermaksud :"lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji,namun jangan melakukan tawaf di Baitullah melainkan setelah engkau suci."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
     Ini menunjukkan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid boleh melakukan ihram.Cuma tidak boleh tawaf dan solat sahaja. Jadi ihram perempuan yang haid tidak ada beza dengan perempuan yang suci kecuali pada sembahyang sunat dua rakaat untuk ihram.
     Kemudiannya dia bolehlah melakukan seluruh ibadat haji seperti wuquf di Arafah,bermalam di Muzdalifah,melontar jamrah dan lain-lain kecuali tawaf dan solat dua rakaat untuk tawaf seperti yang telah disebutkan.
Tambahan : Sekiranya dia boleh menanti di miqat sehingga kembali suci baru memulakan ihram,maka itu lebih afdal.

TETAP TAWAF WALAUPUN HAID
Bagaimana pula sekiranya si wanita itu tetap melakukan tawaf sedangkan dia tahu keadaannya yang baru didatangi haid?

Jawapan :
        Keempat-empat imam mahzab berpendapat bahawa perempuan yang didatangi haid dilarang melakukan tawaf berdasarkan hadis di atas.Walau bagaimanapun ulama berbeza pendapat dalam hal ini.
        Kebanyakkan ulama menetapkan bahawa tawafnya tidak sah dan dia turut dikenakan bayaran dam.Manakala ulama Mahzab Hanafi berpendapatnya sah,namun dia dikenakan dam berupa seekor unta.Begitu juga dalam kes perempuan nifas dan orang yang berjunub.
       Al-Mughirah pula berkata : "tidak disyaratkan bersuci untuk tawaf malah hukumnya sunat sahaja.Jika dia tawaf, dalam keadaan berhadas,maka dia dikenakan bayaran seekor kambing dan jika dalam keadaan berjunub maka dia dikenakan bayaran seekor unta."

HAID DATANG SELEPAS TAWAS SEBELUM SA'I
Saya inginkan kepastian.Ada seorang wanita mendapati darah haidnya baru keluar semasa dia bersiap untuk ke tempat sa'i.Bolehkan dia melakukan sa'i?

Jawapan :
Ringkasnya : Perempuan yang haid tidak dilarang melakukan ibadat-ibadat haji selain tawaf dan solat sunat untuk ihram sahaja.Maka sekiranya darah haid itu keluar setelah selesai tawaf seperti ketika sedang sa'i,dia boleh menyempurnakannnya tanpa apa-apa halangan.Ini kerana tidak disyaratkan melakukan sai dalam keadaan bersuci.
Hujah : Sayyid Sabiq menyebut dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah bahawa kebanyakkan ahli ilmu berpendapat bahawa tidak disyaratkan dalam keadaan bersuci ketika sa'i antara Safa dan Marwah kerana sabda Nabi yang bermaksud:" Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji,namun jangan melakukan tawaf di Baitullah dan selesai solat dua rakaat kemudia didatangi haid,maka dia hendaklah bersa'i di Safa dan Marwah." (Riwayat Ibn Abi Syaibah)
    Imam Al-Nawawi dalam kitabnya al-Idah menyebut:"Taharah dan bersuci adlaah termasuk dalam sunat-sunat sa'i sahaja." Manakala dalam kitab al-Taudih beliau menyebut."Sunat bersa'i dalam keadaan taharah (bersuci) dan menutup aurat.Justeru jika dia melakukan sai dalam keadaan terdedah auratnya,berhadas,berjunub,haid atau memegang najis,sai'inya tetap sah."
Tambahan : Sayyid Sabiq berkata " Biarpun begitu,amat digalakkan agar seseorang sentiasa berada dalam keadaan suci ketika menunaikan segala ibadatnya.Bersuci perkara yang digalakkan oleh syarak."


ORDER HAJI

Pengeposan pagi ini


mini telekung berlengan putih, mini telekung lycra putih dan 2 inner telekung


stoking hajjah dan kasut korea

Monday, October 1, 2012

STOCK UPDATE

BARANG-BARANG YANG DAH OUT OF STOCK SEPERTI BERIKUT YA :

1. MINI TELEKUNG LYCRA
2. SABUN EHRAM
3. SERKOP AURAT

YANG LAIN MASIH AVAILABLE..TAPI SEMUA PUN DAH TINGGAL SIKIT.SILA SMS UNTUK STATUS YA.

TERIMA KASIH

ORDER HAJI

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

hari ni dah 1 oktober 2012. tinggal 24 hari saja lagi untuk WUKUF.

dibawah adalah pengeposan pada pagi ini


tudung syria berdagu hitam dan putih, inner telekung, sabun ehram


inner telekung,sarung lengan, label beg, label telekung, NOSK, serkop aurat dan stoking hajjah


terima kasih.saya akan sms track no ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...