Friday, March 30, 2012

order-order

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Jumaat
Pagi ni hujan turun dengan lebat ye,Alhamdulillah..
ok saya update gambar2 order yang dah dipos semalam..


 mini telekung sp lycra + kad prepaid mobily


 mini telekung lycra, mini  telekung jc dan stokin wudhu

 stokin wudhu, serkop aurat dan serkop lipat




**gambar untuk tudung ibadah ziarah sy telupa nak snap sebab packing lambat skit dari yang ni...akak dari perak repeat order kaler hitam dan 2 putih..terima kak..:))

Wednesday, March 28, 2012

TINGGAL LAGI 4 SAHAJA


Assalamualaikum semua..


Untuk Mini Telekung Lycra yang ni hanya ada 9 helai sahaja warna PUTIH,  SKRANG HANYA ADA LAGI 4 SAHAJA. warna HITAM mmg dah habis ye.Jadi sesiapa yang berminat boleh sms saya.Saya akan habiskan yang sedia ada sahaja dan untuk masa depan saya tak pasti stok untuk pattern ni akan ada lagi atau tak.Mungkin waktu kedepan saya akan promote pattern yang lain pula.
ok tq..


RM79

order-order

Assalamualaikum semua..
lama tak update...
so hari ni mula balik dengan gambar2 yg dah dipos tadi


 mini telekung lycra, tudung ibadah ziarah, kain basahan,serkop aurat




3 customer dari Johor, Shah Alam dan Terengganu

Esok pun ada pengeposan juga sy akan inform by sms dan update disini ye..

tq..:)

Tuesday, March 20, 2012

Umrah Saya 26 Feb - 10 Mac 2012

Di Mekah - Cuaca agak panas dan terik,berangin


Setelah berada di Madinah selama 5 hari kami pun berangkat ke menuju Kota Mekah.Perjalanan hampir 5 jam rasanya.Sepanjang perjalanan saya hanya tidur saja..hehe
Kami sampai di hotel dalam pukul 10:30 malam.Setelah siap meletakkan beg-beg dalam hotel dan bersiap apa yang patut kami langsung menuju ke Masjidil Haram untuk melakukan umrah pertama. 
Kiranya gambar2 yang diambil adalah setelah habis melakukan tawaf,saie dan bertahlul.


comel sangat anak orang arab ni pakai ehram,saie dengan bapak die

 Batu yang disimenkan di Bukit Marwah

sedang bertahalul

 Habis bertahalul kami masuk balik ke tempat tawaf untuk ambil gambar kaabah



Zam  Zam Tower - Menara Jam

Hari seterusnya kami dibawa untuk ziarah luaran sekitar Kota Mekah.

Jabal Thur 

 Di Arafah - Jabal Rahmah - Banyaknya orang kat atas bukit tu. Mungkin pergi menulis nama dan berdoa untuk jodoh memandangkan bukit itu dikatakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah lamanya. 
Tapi sebenarnya lebih baik berdoa di depan Kaabah dalam Masjidil Haram,kan banyak tempat2 mustajab berdoa.




Kami melewati kawasan2 semasa musim haji.Khemah2 yang diguna pakai semasa wukuf


Gambar2 kat bawah pulak masa kami pergi melakukan tawaf sunat pada pukul 2 pagi

 memang tak banyak orang masa ni

 jemaah2 dah mula datang dan melakukan tawaf, dah mula penuh

 kawasan tawaf tingkat atas, kami solat di atas saja lebih tenang
 pintu Kaabah dari gambaran atas


Bulan yang mula turun. masa ni pukul 4 lebih.dah nak azan subuh pertama


Hari ke-10 kami dibawa ke Hudaibiyah untuk melawat ladang unta dan bermiqat di HUDAIBIYAH.
Setelah solat sunat ihram di masjid dan berniat ihram kami terus ke ladang unta.



 Ladang unta kat sini adalah padang pasir.Bukan ada kandang2 macam kandang kuda. Dan cuaca sangat terik.

mari beli susu unta. 1 botol 5 riyal
susu unta sangat sedap.fresh giler rasanya.orang kata minum susu unta untuk cuci perut.minum sikit pun akan nak ke toilet boleh buat cirit birit tapi takde jadi papepun kat saya..hehe






Dan gambar dibawah adalah gambar semasa waktu subuh terakhir kami disini.Hari Jumaat..Subhanallah penuhhh sangat.Dah macam musim ramadhan dan musim hajikan..



Sekian gambar2 di Mekah.Akan saya update lagi untuk topik seterusnya..:)

Monday, March 19, 2012

UMRAH SAYA 26 Feb - 10 Mac 2012

Assalamualaikum..
Ni antara gambar-gambar semasa di Mekah dan Madinah.


Madinah - Cuaca sangat sejuk,berangin


Ni hotel yang kami duduk di Madinah - Nak ke Masjid Nabawi kena jalan sikit tapi tak jauh pun dekat je



 Masjid Nabawi  pada waktu pagi- 1st day


 Masjid Nabawi pada waktu malam sangat cantik



Perkuburan Baqi - tempat perkuburan isteri2 Nabi dan para sahabat. Tempat ni hanya orang lelaki sahaja dibenarkan masuk jadi gambari ni adik lelaki saya yang ambik.


Pintu masuk masjid nabawi untuk wanita. depan pintu ni dah ada petugas2 wanita  yang tunggu untuk periksa beg-beg jemaah. NO CAMERA or HP CAMERA. tapi haruslah pandai untuk menyeludup masuk ye.hehehe



  Waktu lepas isyak
Hari ke-3 di Madinah dapat jumpa dengan Prof Kamil.Alhamdulillah terkejut jugak.Tak sangka dapat dengar tazkirah daripada prof. setiap apa yang prof ucapkan sangat terkesan di hati ini..



Ni waktu solat subuh.Kami solat di luar,tempat yang ada karpet..Cuaca sejukkkk sangat




 Kurma-kurma yang dijual di luar Masjid Quba - fresh2

Di ladang kurma - kurma2 disini agak mahal berbanding Pasar Kurma - Lebih baik ke pasar kurma ye. tak jauh dari Masjid Nabawi

 Coklat-coklat - Halal untuk dirasa sampai kenyang pun takpe

  Banyaknya orang - time ni tak penuh lagi - dah penuh nak berjalan pun susah

 Bukit Uhud - tempat perang Uhud 

 pun banyak peniaga2 kurma - time ni dalam pukul 11 pagi..panas terik


  perkuburan para syuhada yang syahid semasa perang uhud


grup kami tak panjat bukit ni pun

Sekian,gambar2 di Madinah. Tunggu yang di Mekah pulak yer..;)


Wednesday, March 14, 2012

Sekembali dari Umrah

Alhamdulillah,saya dan keluarga selamat kembali pada hari Sabtu lepas 10/3/2012 setelah melakukan ibadah umrah,setelah berada di kota Madinah dan kota Mekah..
Tak dapat gambarkan perasaan setelah melihat secara live Kaabah di depan mata,menyentuh sendiri,menangis di depan Kaabah.Terima Kasih Syukur pada Allah yang telah menjemput saya untuk pergi ke Tanah Haram..Alhamdulillah...


Harap semuanya yang dah pulang mendapat umrah yang mabrur dan makbul ya.Semoga kita semua makin dekat pada Allah dan Rasulullah.


Setelah beberapa hari berehat urusan semua kembali seperti biasa.InsyaAllah akan saya tulis tentang cerita saya di Mekah dan Madinah.Masih tak sempat nak belek2 gambar lagi..


Btw esok saya akan pos 2 order..Tak sangka sungguh ada yang menanti untuk mengorder barang..bertanyakan kabar saya..terima kasih byk2...apa yg sy boleh bantu insyaAllah dengan senang hati saya bantu..


10 serkop aurat, dan 3 serkop aurat + 3 serkop lipat oleh 2 orang customer

Terima Kasih ya kak rohaida n kak zalina..;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...