Botol spray ini digunakan untuk mengisi air biasa / air zam zam bagi memudahkan para jemaah mengambil wuduk jika terbatal tanpa perlu ke tandas.
Ianya sangat berguna terutamanya semasa musim haji.
Dari pengalaman saya mengerjakan umrah tempat untuk jemaah wanita mengambil wuduk agak jauh dan kadang2 penuh.bagi jemaah lelaki sangat mudah kerana mereka boleh mengambil wuduk di sink air zam-zam.Ada juga jemaah wanita yang mengambil wuduk disitu tetapi susah nak jaga aurat pasti ternampak lengan dan kaki.
Kadang-kadang kita beriktikaf di masjid dan berusaha menjaga wuduk supaya tidak batal.Jika terbatal terpaksa mencari tandas.Jadi bagi memudahkan para jemaah guna saja botol spray ni.Isikan dengan air zam-zam.Selain untuk ambil wuduk boleh juga basahkan muka dengan air zam-zam kalau-kalau mengantuk semasa beriktikaf di masjid. ;)
Bawalah botol spray ini di dalam beg anda. kemana saja.InsyaAllah memudahkan.
Di Malaysia saya gunakan botol spray ni dengan air zam-zam,bangun pagi2 sembur air zam-zam ke muka ..(^.^)