Wednesday, December 14, 2011

PERMASALAHAN HAID DALAM UMRAH DAN HAJI

Catatan ini saya ambil dari Majalah Anis keluaran Oktober 2011 - oleh YM Haji Tengku Aziz B. Raja Abdullah (Pengurus Besar (Bimbingan) Tabung Haji -


      Masalah haid dalam masa mengerjakan ibadat haji dan umrah merupakan suatu perkara yang harus difahami dengan sedalam-dalamnya oleh para jemaah wanita.Sekiranya ia tidak dibuat dengan sempurna dan betul sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak menyebabkan ia sentiasa berada dalam dosa sepanjang masa. Salah satu tujuan mengerjakan umrah untuk mendapatkan pahala daripada Allah S.W.T bukan bala daripada-Nya.
      Di sini saya sertakan tentang keadaan haid wanita semasa haji dan umrah,mudah-mudahan dapat membantu kefahaman jemaah tentang situasi haid dan umrah :


1. Datang Haid Sebelum Niat Ihram Umrah
    Sekiranya seorang wanita datang haid sebelum niat umrah,dia boleh niat ihram umrah (kerana niat ihram umrah tidak disyaratkan bersuci) di Miqat dan boleh memasuki Makkah serta berada dalam larangan ihram.Dia tidak boleh tawaf umrah sehingga dia bersuci. Setelah suci haid (24 jam bermula daripada darah haid kering ) setelah dia  mandi hadas besar dan berwuduk baru dia boleh tawar umrah (salah satu syarat tawaf mesti berwuduk), saie umrah dan bertahalul.Umrahnya sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.


2. Datang Haid Selepas Niat Ihram Umrah
    Sekiranya seorang wanita berniat ihram di Miqat, selepas daripada itu dia datang haid,dia terus berada dalam ihram sehingga suci (kena jaga larangan dalam ihram).Setelah suci darah haid,dia kena tunggu sehingga darah itu betul-betul kering (24 jam bermula daripada darah haid kering),setelah dia mandi hadas serta berwuduk (salah satu syarat tawaf mesti berwuduk),pergi tawaf umrah,saie umrah,selepas itu bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai dan bebaslah dia daripada ihram.Umrahnya sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.


3. Datang Haid Ketika Tawaf Umrah
    Jika seorang wanita datang haid ketika tawaf,dia hendaklah keluar cepat-cepat dari Masjidik Haram dan pakai tuala wanita,dia terus berada dalam ihram dengan menjaga larangan dalam ihram sehinggalah dia bersuci.Setelah suci (24 jam bermula daripada haid kering) dia boleh mandi hadas dan berwuduk,pergi tempat tawaf dan sambung pusing tawaf yang berbaki bermula di penjuru Hajar Aswad itu lebih baik dan selepas itu bersaie umrah dan bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai dan bebaslah dia daripada ihram umrahnya.Umrahnya itu sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.


4. Datang Haid Selepas Tawaf Umrah
    Jika seorang wanita datang haid selepas tawaf umrah sebelum saie,dia hendaklah pakai tuala wanita dan boleh saie umrah kerana saie tidak disyaratkan bersuci.Selepas itu,bergunting 3 helai rambut sekurang-kurangnya dan bebaslah dia daripada ihram.Umrahnya itu sah dan tidak dikenakan apa-apa dam.


5. Datang Haid Sebelum Pergi Wukuf
   Jemaah tersebut boleh niat ihram haji (niat ihram haji tidak disyaratkan bersuci), dia boleh berwukuf,bermalam di Muzdalifah,bermalam di Mina serta boleh melontar di semua jamrah dan bergunting.Apa yang tidak bolehnya ialah tawaf sebab salah satu syarat tawaf mesti bersuci.Tawaf haji boleh dilakukan setelah haid kering (selepas 24 jam kering bermula daripada darah kering bukan bermula ketika mandi hadas) selepas mandi hadas dan berwuduk dia boleh tawaf haji (ikut syarat-syarat sahnya tawaf) dan saie haji (ikut syarat-syarat sah saie)


6. Datang Haid Semasa Belum Selesai Amalan Umrah dan Tiba Masa Untuk Berwukuf
   Jemaah tersebut melaksanakan umrah sebelum wukuf, umrahnya tidak selesai kerana didatangi haid (tidak boleh tawaf) sebelum tawaf atau semasa tawaf (tidak sempurna tawaf), darah haid tidak suci juga untuk membolehkan dia tawaf atau sempurna tawaf.Sedangkan dalam masa yang sama sudah tiba untuk berangkat ke Arafah bagi melaksanakan wukuf.Jemaah ini boleh niat haji  (dalam keadaan ihram umrah ) sebelum berangkat ke Arafah dan melaksanakan amalan-amalan haji seperti biasa (wukuf,bermalam di Mudzalifah,bermalam di Mina,melontar jamrah dan bergunting untuk tahalul).Apabila darah haid kering (selepas 24 jam) baru dia boleh tawaf haji dan saie haji (terjadi Haji Qiran).


7. Datang Haid Sebelum Tawaf Wada'
   Sebelum berangkat pulang dia didatangi haid,sedangkan masa hendak balik darah haidnya belum kering agi.Sepatutnya mereka ang hendak meninggalkan Makkah wajib tawaf wada'.Dia boleh pulang tanpa mengerjakan tawaf wada' kerana mereka yang datang haid dikecualikan daripada tawaf wada'.



No comments:

Post a Comment